Dayak Daily

UITM Sarawak, Satoyama Microbes tandatangani dua MOA

KOTA SAMARAHAN, Ogos 1 : Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak telah menandatangani dua Memorandum (MOA) dengan Satoyama Microbes Sdn Bhd bagi menjalankan kerjasama menghasilkan formula makanan ayam yang lebih baik di UiTM Sarawak Kampus Samarahan II, di sini, hari ini.

Dua MOA itu yang merangkumi kerjasama dalam penyelidikan, pertukaran kakitangan dan pelajar telah ditandatangani Rektor UiTM Sarawak, Professor Dato Dr Jamil Hamali dengan Ketua Eksekutif Satoyama Microbes Sdn Bhd, Peter Yap.

Peter Yap (Kiri), Professor Dato Dr Jamil Hamali (Kanan) menandatangani MOA,

Teras utama dua MOA terbabit ialah bagi menambahbaik formula makanan ayam Satoyama Microbes Sdn Bhd di ladang ayam organiknya di negeri ini dengan mengunakan mikroorganisma yang dapat meningkatkan pembesaran larva lalat 'black soldier fly' yang digunakan dalam makanan ayam sebagai sumber protein yan baik.

Keduanya, MOA itu bagi meneroka potensi mikroorganisma dalam pengeluaran 'microbial cellulase enzyme' bagi degradasi bahan organisma yang boleh ditambah ke dalam kompos bagi mempercepatkan pembesaran tumbuhan.

Jamil berkata dengan dua MOA itu juga Satoyama Microbes Sdn Bhd akan menyediakan geran penyelidikan berjumlah RM 100,000 kepada UiTM Sarawak serta bayaran royalti dari pengkomersilan produk penyelidikan terbabit.

"Disamping itu, UiTM Sarawak juga akan mendapat manfaat melalui pemilikan paten bersama, penerbitan jurnal saintifik dan juga latihan industri kepada pelajarnya terumata dari Fakulti Sains," katanya

Jamil berkata Satoyama Microbes Sdn Bhd pula mendapat manfaat dari segi kepakaran, kemudahan makmal dan ruang bagi menjalankan penyelidikan disamping pembangunan sumber manusia melalui latihan dan bimbingan.

"Ini kemudian boleh mengurangkan dengan banyak kos R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang menjadi masalah utama industri. Selain itu produk yang dibangunkan oleh penyelidikan ini boleh dikomersilkan bagi manfaat masa depan semua," katanya.

Katanya ini kerana makanan ayam dalam pengeluaran ladang ayam biasa ketika ini dicampurkan antibiotik dan kemungkinan dicampurkan juga sumber makanan organisma diubah suai secara genetik (GMOs) yang men=mpunyai impak negatif kepada kesihatan manusia dalam jangka masa panjang